Tuesday 10 June 2014

Kelebihan menjadi ahli shaklee

Untuk sebarang pertanyaan
tentang shaklee@ingin membuat pesanan@order
Sila whatsapp di no 0195793811
(zafirah salleh)
SID:979221

Monday 26 May 2014

12 TIPS CEGAH RISIKO ASMA SECARA SEMULAJADI

1.Pastikan kadar habuk di dalam rumah anda berada pada tahap paling rendah.
2.Pastikan juga pengudaraan di rumah anda dlm keadaan baik dan bersih.
3.kurangkan membela haiwan di rumah terutamanaya jika mempunyai anak kecil.
4.Penggunaan pendingin hawa (pada suhu biasa atau bilik) dan air purifier' adalah di galakkan.
5.Jadikan rumah anda bersifat 'asthma friendly'.
6.Kurangkan pendedahan anak anda kepada cuaca sejuk.Latih mereka menggunakan selimut.
7.Jadikan pemeriksaan kesihatan sebagai agenda tahunan yang eajib di lakukan.
8.Pastikan anda mengajak anak anda untuk bersenam bersama.Aktiviti berenang adalah di antara aktiviti yang boleh dilakukan oleh anak anda kerana ia membantu anak anda bernafas dengan teknik yang betul.Bagaimana pun,pastikan anda terus mengelap anak anda dengan kering sebaik sahaja selesai berenang.Selain itu,segera pakaikannya baju.
9.Bantu anak anda mengekalkan berat badan yang ideal.
10.Jauhkan anak anda dari mereka yang merokok.
11.Menyusukan anak anda secara eksklusif juga dapat mengurangkan risiko anak anda mendapat asma.
12.Bilik tidur mestilah menghadap pengudaraan yang baik dan bersih.Pastikan ada tingkap atau letakkan katil di tepi tingkap supaya anak anda dapat menyedut udara bersih.

PENYAKIT ASMA (ACT)

Dianggarkan kira-kira 300juta masyarakat dunia menghidap penyakit asma.Pertambahan pesakit sebanyak 100juta lagi di anggarkan menjelang 2025 mengikut laporan pencegahan dan pengurusan strategi global asma.Ini bukanla pencapaian untik di banggakan oleh kita.Ini adalah satu peringatan kerana penyakir ini biasanya menyerang dari usia kanak-kanak lagi dan kesannya adalah sepanjang hayat.

APA YANG MENJADI PUNCA?
Sehingga kini tiada punca tertentu yang dapat dipastikan menjadi penyebab kepada penyakit asma ini.Penyakit asma atau lelah merupakan penyakit immunologi yang menyebabkan kesukaran bernafas.Ini adalah kerana ketika pesakit diserang asma,keradangan dan spasma pada selaput dinding laluan udara menyebabkan brinkiol didalam paru-paru menjadi sempit.Pesakit asma mungkin mengalami pernafasan bersiul(wheezing),sesak nafas,dan sukar untik bersenam.Ketika otot mengejang,saluran udara mengecil dan menghalang pernafasan.Akibatnya,pesakit boleh pengsan.

Secara ringkasnya,seseorang yang menghidap penyakit asma akan merasa sesak nafas,batuk kahak berpanjang,serta nafas berbunyi.Biasanya gejala ini akan timbul pada waktu pagi,menjelang waktu subuh ataupun ketika keadaan cuaca sejuk.Hal ini kerana,hormon kortisol menjadi rendahpada waktu pagi.Bagi gejala asma yang teruk,pesakit akan mengalami sakit dada,yang teramat sangat sehingga mereka berasa tidak boleh bernafas dan bibir mereka akan kelihatan pucat kebiruan.Wajah menjadi pucat dan denyutan nadi menjadi laju.

BAGAIMANA FAKTOR BERIKUT DIKATAKAN BOLEH MENJADI PENYEBAB KEPADA MASALAH INI:
*Bulu binatang
*Debu atau habuk
*Perubahan cuaca
*Senaman
*Jangkitan saluran pernafasan
*Makanan/buah-buahan tertentu
*Tekanan perasaan
*Ubat tertentu

FAKTOR RISIKO BERLAKUNYA PENYAKIT ASMA
Keturunan dimana ada di antara ahli keluarga yabg menghidap asma.
Terdedah kepada habuk(di dalam rumah)atau pencemaran yang tinggi semenjak usia bayi.
Mempunyai masalah alahan,ekzema atau resdung.
Terdedah kepada asap rokok,asap kenderaan atau bahan kimia di tempat kerja(bagi golongon dewasa).

PENGURUSAN PENYAKIT & KAEDAH RAWATAN
Hasil kajian menunjukkan bahawa sekurang-kurangnya 20% daripada penghidap asma di malaysia tidak menguruskan penyakit mereka dengan berkesan.Jika penyakit bertambah teruk,mereka akan mengalami serangan asma  serius yang boleh membawa maut.

Satu kajian global dilaksanakan oleh kumpulan penjagaan Respiratori Utama Antarabangsa,Pertubuhan Doktor Keluarga Sedunia dan Astrazeneca baru-baru ini membabitkan 2,000 pesakit dari sembilan negara menunjukan bahawa dua daripada tiga pesakit tidak dapat mencapai matlamat hidup mereka kerana menghidap asma.Kajian tersebut,yang di namakan "Spring into action",mendedahkan bahawa hampir 90% daripada penghidap mengalami kesukaran mengambil bahagian dalam kegiatan fizikal atau senaman,manakala 70% daripada responden berkata asma menggangu tidur mereka.Walaupun menghadapi kesukaran tersebut,seorang daripada tiga masih tidak mengambil ubat asma mereka mengikut preskripsi doktor masing-masing.

Sebenarnya asma merupakan satu penyakit yang merbahaya dan daripada jumlah keseluruhannya,hanya satu perempat pesakit yang dapat mengawal penyakit ini manakala selebihnya tidak.Jika di buat perbandingan,penduduk di negara barat lebih mengawal penyakit ini berbandkng negara asia.

nota:Setiap pesakit asma mempunyai penyebab alahan yang berbeza dengan pesakit asma yang lain

Saturday 19 April 2014

Multivitamin

kelebihan multivitamin vitalea shaklee
multivitamin &minerals

suplemen seimbang dan paling komprehensif di dalam sains shaklee yang mampu dimiliki.Vitalea diformulakan khusus dengan 28 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh orang dewasa.

Diambil secara harian,Vitalea boleh:
~Meningkatkan kesihatan yang menyeluruh
~Menyokong jangka hayat hati,usus kesihatan mata
~Meningkatkan kekuatan tulang dan sistem imunisasi
~Memberikan perlindungan terhadap kerosakan akibat serangan radikal bebas