Monday 26 May 2014

12 TIPS CEGAH RISIKO ASMA SECARA SEMULAJADI

1.Pastikan kadar habuk di dalam rumah anda berada pada tahap paling rendah.
2.Pastikan juga pengudaraan di rumah anda dlm keadaan baik dan bersih.
3.kurangkan membela haiwan di rumah terutamanaya jika mempunyai anak kecil.
4.Penggunaan pendingin hawa (pada suhu biasa atau bilik) dan air purifier' adalah di galakkan.
5.Jadikan rumah anda bersifat 'asthma friendly'.
6.Kurangkan pendedahan anak anda kepada cuaca sejuk.Latih mereka menggunakan selimut.
7.Jadikan pemeriksaan kesihatan sebagai agenda tahunan yang eajib di lakukan.
8.Pastikan anda mengajak anak anda untuk bersenam bersama.Aktiviti berenang adalah di antara aktiviti yang boleh dilakukan oleh anak anda kerana ia membantu anak anda bernafas dengan teknik yang betul.Bagaimana pun,pastikan anda terus mengelap anak anda dengan kering sebaik sahaja selesai berenang.Selain itu,segera pakaikannya baju.
9.Bantu anak anda mengekalkan berat badan yang ideal.
10.Jauhkan anak anda dari mereka yang merokok.
11.Menyusukan anak anda secara eksklusif juga dapat mengurangkan risiko anak anda mendapat asma.
12.Bilik tidur mestilah menghadap pengudaraan yang baik dan bersih.Pastikan ada tingkap atau letakkan katil di tepi tingkap supaya anak anda dapat menyedut udara bersih.

No comments:

Post a Comment